Lirik Lagu Zayyan - Tasbih Persahabatan

Tasbih Persahabatan - Zayyan


Persahabatan Kian Bercambah,
Dari Lahirnya Sebuah Ukhuwah,
Syahadah Ikatan Meranting Akidah,
Hingga Berguguran Dedaun Gundah

Tika Mendaki Banjaran Wawasan
Jatuh Berparut Luka Kecewa
Kau Membawa Obor Harapan
Bersama Mengibar Panji Kejayaan

Ukhuwah Ibarat Seutas Tasbih
Bersama Walau Mengharungi Pedih
Pada Yang Maha Pengasih
Kita Semua Merintih

Janganlah Dicantas Dedaunan Berkasih
Kerana Kesetiaan Telah Terbenih
Pastikan Dirahmati Jalinan Jernih

Persahabatan Jangan Disia
Kan Menghapus Indah Nostalgia
Walaupun Menginjak Akhir Usia
Pastikan Mekar Refflesia Bahagia..

Ukhuwah Ibarat Seutas Tasbih
Bersama Walau Mengharungi Pedih
Pada Yang Maha Pengasih
Kita Semua Merintih

Janganlah Dicantas Dedaunan Berkasih
Kerana Kesetiaan Telah Terbenih
Pastikan Dirahmati Jalinan Jernih

Bahtera Kasih Berlayar Keimanan
Bayu Syahdu Menghembus Kecintaan
Ombak Memukul Penuh Kelembutan
Begitulah Indahnya Persahabatan
Mewarnai Kehidupan Insan
Kerana Itulah Tuntutan Ar-Rahman
Kerana Itulah Tuntutan Ar-Rahman